Adakah Semua Hutang Tidak Baik?

Where Social Meets Financial

Featured Image

Adakah Semua Hutang Tidak Baik?

Kita selalu diberitahu supaya tidak berhutang kerana hutang kerap dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik. Tapi tahukah anda ada hutang yang baik dan hutang yang buruk?

Apabila Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Pakej Prihatin untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada 6 April 2020, ramai yang mula membuat carian mengenai pinjaman Bank Simpanan Nasional (BSN). Kenapa?

Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan adalah, pertama, memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah 500 juta ringgit di bawah Bank Simpanan Nasional…

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Nah, itulah sebabnya. Peniaga kini boleh membuat pinjaman tanpa faedah. Ini merupakan satu sumber cheap money atau wang murah untuk dijadikan modal meneruskan perniagaan dalam waktu PKP ini.

Mana lagi nak dapat pinjaman sebegini?

Jika hutang itu digunakan untuk perniagaan atau pelaburan yang akan mendatangkan pulangan yang lebih tinggi daripada faedah hutang tersebut, maka ia adalah hutang yang baik.

PKS boleh memohon sehingga RM50,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun (moratorium 6 bulan juga terpakai untuk pinjaman ini).

Syarat-syarat kelayakan skim mikro kredit BSN adalah :

  • Perniagaan mikro yang terkesan oleh wabak COVID-19.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Didaftarkan di SSM atau majlis tempatan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web BSN (Disclaimer: Ini bukan iklan bank ye 🙂)