Berjaya dan Kaya Muda, Akhirnya Rahsia Wanita ini Dibongkar di Twitter

Where Social Meets Financial

Berjaya dan Kaya Muda, Akhirnya Rahsia Wanita ini Dibongkar di Twitter

Gara-gara kicauan Twitter mengenai kejayaan seorang wanita juru runding kewangan yang berbaur riak, akhirnya netizen membongkar rahsia disebalik kekayaan wanita tersebut.

Wanita dengan handle @RozmizaRozman itu pada mulanya memberikan nasihat supaya tidak membandingkan perjalanan hidup setiap orang yang berbeza.

Namun apabila, beliau menyambung kicauannya dengan kejayaan beliau membeli rumah pada umur 23 dan membeli kereta pada umur 25, para netizen membaca perkongsiannya sebagai humble brag (ada yang berkata ‘riak bersulam nasihat’). Ramai yang merasakan dia sendiri yang membandingkan kejayaannya dengan mereka yang berumur lebih 30.

Salah seorang netizen turut mendedahkan wanita tersebut sebenarnya masih berhutang dengannya melalui screenshot di bawah.

Wanita tersebut juga mengaku kereta mewah yang ditunjukkan itu dibayar oleh syarikat.

Manakala komen beberapa netizen yang lain membabitkan beliau dengan penipuan penjualan pre-order iPhone di Instagram sebelum ini.

Pada masa ini, kicauan tersebut telah menjadi viral dengan 9,300 retweet dan lebih 500 ratus komen.