Hutang Boleh Buat Gaduh, Biarpun Tempoh PKP

Where Social Meets Financial

Banner

Hutang Boleh Buat Gaduh, Biarpun Tempoh PKP

Gambar hiasan sahaja

Hutang.my

BALING, Kedah – Seramai lapan lelaki bukan sahaja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah bergaduh secara terbuka di Taman Bersatu, Pulai di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali, berkata kumpulan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan berkumpul kira-kira jam 2 pagi tadi, sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Anggota polis kemudian terus ke lokasi dan menahan semua suspek kerana merusuh di hadapan sebuah rumah di taman itu ketika tempoh PKP selain mereka turut menganggu ketenteraman awam.

“Dipercayai berlaku pertengkaran antara kumpulan lelaki terbabit akibat salah faham berkaitan hutang sehingga mereka bertumbuk antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Syed Basri berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Syed Basri berkata, semua suspek direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

“Orang ramai sepatutnya patuh dengan arahan PKP dan diingatkan sentiasa berada di dalam rumah.

“Polis akan meneruskan pemantauan dan melakukan tangkapan ke atas sesiapa yang ingkar serta gagal mematuhi arahan PKP,” katanya.