
Tak Perlu Hutang, Kerajaan Bagi Duit
Perdana Menteri pada hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (Prihatin) untuk rakyat.
Antara pemberian tunai one-off :
- RM1,600 untuk keluarga B40 (pendapatan RM4,000 ke bawah).
- RM1,000 untuk keluarga M40 (pendapatan RM8,000 ke bawah).
- RM800 untuk individu bujang (umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah).
- RM500 untuk individu bujang (umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM4,000 ke bawah).
- RM200 untuk pelajar IPT.
- RM500 untuk pemandu e-hailing.
- RM600 untuk pemandu teksi.
Lain-lain :
- Pinjaman PTPK tidak perlu dibayar untuk 6 bulan.
- Pengeluaran PRS dibenarkan sehingga RM1,500.
- Sewa PPR tidak perlu dbayar untuk 6 bulan.
- Diskaun bil elektrik minima 2% . Tambahan diskaun 15% hingga 50% mengikut penggunaan.
- Internet percuma sehingga PKP tamat.
Agak-agak Mak Cik Kiah dapat berapa?