Menteri Kewangan: Tiada Caj Tambahan Untuk Moratorium Pinjaman Sewa Beli

Where Social Meets Financial

Menteri Kewangan: Tiada Caj Tambahan Untuk Moratorium Pinjaman Sewa Beli

Kementerian Kewangan pada 6hb Mei 2020 (5:45 petang) mengeluarkan kenyataan media yang memaklumkan bank-bank tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan ke atas bayaran ansuran pinjaman sewa-beli (konvensional dan Shariah) sewaktu tempoh moratorium.

Kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul menyatakan kata sepakat telah dicapai dengan industri perbankan untuk melupuskan caj tambahan (no compounded interested).

Namun bagi peminjam yang mengambil moratorium pinjaman akan dikenakan tambahan 6 bulan bayaran ansuran (betul lah tu, bila dah tangguh 6 bulan, kena bayar balik 6 bulan tu nanti).

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 6 Mei 2020.