Wajib Ke Ambil Moratorium Bank?

Where Social Meets Financial

Wajib Ke Ambil Moratorium Bank?

Selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan moratorium pinjaman bank pada 24hb Mac, banyak analisis yang telah dibuat sama ada kita patut mengambil moratorium tersebut.

Tidak kurang juga analisis yang viral di dalam Whatsapp dan media sosial.

Tidak kurang juga analisis yang viral di dalam Whatsapp dan media sosial.

Rata-rata ramai yang merasakan moratorium ini merupakan inisiatif yang baik dan orang ramai patut mengambil peluang ini untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman bank.

Namun setelah merujuk kepada beberapa sumber rasmi, kenyataan bank dan pakar kewangan, Hutang.my ingin berkongsi beberapa sudut yang perlu diambilkira bagi memaksimumkan faedah moratorium ini.

Duit Hari Ini, Faedah Hari Esok

Kepada yang betul-betul memerlukan wang dalam tempoh PKP ini, penangguhan bayaran balik dapat membantu memulihkan cashflow untuk kegunaan belanja rumah. Lebih lebih lagi apabila tempoh PKP dilanjutkan ke 14 April 2020, dan mungkin lebih lama lagi jika keadaan bertambah buruk.

Namun kepada mereka yang berkemampuan, wang tambahan apabila tidak perlu bayar ansuran bulanan mungkin tidak banyak memberi kesan ke atas kehidupan harian mereka. Ia seolah-olah anda diberi pinjaman bank 6 bulan bila ia tidak diperlukan (ingat faedah masih dikira setiap bulan). Untuk golongan ini, mungkin boleh teruskan membayar ansuran seperti biasa (moratorium ini adalah automatik, hubungi bank anda jika ingin terus membayar seperti biasa).

Buat Pelaburan? Fikir Dulu

Ada yang berpendapat wang 6 bulan tersebut boleh dilaburkan.

Tetapi perlu diingat, bahawa faedah bank (biasanya 4.5% hingga 5% untuk pinjaman rumah) masih berjalan untuk 6 bulan tersebut.

Melainkan ada pelaburan yang boleh membawa pulangan lebih daripada itu (dengan risiko yang rendah), ia tidak menjadi alasan yang kuat untuk melaburkan wang ini. Pada waktu ini di mana kadar faedah simpanan tetap hanya sekitar 2%, mungkin tidak banyak pelaburan yang boleh dibuat.

Moratorium Pinjaman Kereta Berbaloi?

Bagaimana pula dengan pinjaman kereta? Ramai yang berkata wajib ambil moratorium pinjaman kereta kerana ‘tiada faedah’ dikenakan.

Namun tempoh pinjaman akan dipanjangkan 6 bulan. Ini bermakna anda boleh mengumpul wang 6 bulan itu sekarang, tetapi jika anda tidak memerlukannya – untuk apa? Wang tersebut masih perlu dibayar balik di masa hadapan, di mana anda akan derita kemudian.

Jadi rujuk poin pertama di atas, jika anda memerlukan moratorium ini ambil; jika (yakin) tidak, anda boleh mohon untuk teruskan pembayaran.